Monday 28 December 2020

Track Record Najib Dalam Mengawal Covid19.

Track Rekod DSN dalam pengawalan Covid.

1. Najib yang suruh kerajaan PH hentikan pelancong Cina.
Kerajaan atok lambat buat. Akhirnya wave pertama Covid tercetus.

2. Najib yang tuntut kerajaan PN tukar balik kuarantin rumah kepada kuarantin mandatori di pusat kerajaan bagi pelawat asing. Kerajaan PN lambat buat. Akibatnya, kes Sivagangga tercetus dan melibatkan 10 ribu kes Covid dan berpuluh nyawa terkorban.

3. Najib suruh kerajaan PN beri perhatian lebih rapi bagi SOP Covid penjara dan pusat tahanan. Kerajaan PN tak buat. Akibatnya hampir semua penjara dan pusat tahanan menjadi kluster. Jumlah pesakit cecah berpuluh ribu orang.

4. Pada awal bulan Oktober setelah PRN Sabah, Najib saran kerajaan laksanakan larangan rentas negeri serta-merta pada masa kes di semenanjung cuma angka 2 digit.

Kerajaan PN baru buat sebulan selepas Najib sarankan. Masa itu, situasi di Semenanjung sudah tidak terkawal dan mencatat ribuan kes setiap hari. Kerajaan PN pun give up dan hapuskan larangan rentas negeri sebulan selepas dilaksanakan walaupun kes Covid setiap hari tetap tinggi.

Semalam, Najib suruh kerajaan PN larangkan pelawat dari United Kingdom dan naikkan semula tempoh kuarantin dari 10 hari ke 14 hari setelah diturunkan minggu lepas.

Hari ini, kerajaan PN kata tak mahu buat dan hanya akan "memantau rapi" situasi penularan mutasi baru Covid yang merebak 70% lebih laju biarpun berpuluh negara lain dalam dunia telah buat seperti apa disarankan bossku.

Jika mutasi baru Covid dari UK merebak ke Malaysia, siapa yang kita patut salahkan?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...