Monday 28 December 2020

Lim Kit Siang Bakal Untung RM49 Billion.

KIT SIANG BAKAL UNTUNG RM49 BILION.

Gang salah titik perpuluhan dan akauntan gagal faham ramai Rakyat senang ditipu.

Sebab itu, mereka terus menipu Rakyat kerana tak pernah rasa berdosa.

Kali ini, ayah Guan Eng ini kata peruntukan kerajaan PN sebanyak RM3 bilion untuk membeli vaksin jenama Pfizer bagi 6.4 juta Rakyat Malaysia adalah 20 kali ganda lebih mahal berbanding harga yang didedahkan seorang ahli parlimen negara Belgium.

Mengikut pengiraan Uncle Kit Siang, kos vaksin Pfizer bagi setiap orang Malaysia cuma RM3b/6.4 juta/20 = RM23 seorang sahaja.

Biar saya beri sedikit fakta.

NOMBOR 1 : Peruntukan kerajaan PN sebanyak RM3 bilion itu adalah untuk 70% daripada 31 juta penduduk Malaysia iaitu 21.7 juta rakyat - bukan hanya 6.4 juta sahaja. Kos itu juga termasuk kos untuk penyimpanan dan pengangkutan vaksin sebab vaksin Pziefer memerlukan ianya disimpan dalam keadaan sangat sejuk.

"7 Disember 2020: Peruntukan RM3 bilion vaksin Covid-19 termasuk kos penyimpanan, pengangkutan" 

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/288745 

NOMBOR 2 : Kos yang didedahkan Belgium itu adalah 12 euros (RM60) setiap dos.

"18 Dec 2020: The table briefly published by De Bleeker showed the Belgian government paid 12 euros ($14.7) per dose to buy about five million shots of the Pfizer/BioNTech vaccine." 

https://www.reuters.com/.../pfizer-irked-after-belgian...
Vaksin Pfizer memerlukan DUA dos setiap penerima - bukan satu dos. Maka kos setiap penduduk adalah 2 X RM60 = RM120.

Bukanlah RM23 seorang seperti ditipu Kit Siang.
Jadi, saya saran kerajaan PN untuk tawarkan harga vaksin RM30 seorang kepada Kit Siang untuk membeli vaksin bagi 21.7 juta penduduk termasuk kos penyimpanan, pengangkutan dan edaran.

Biar Kit Siang peluang mengaut keuntungan RM7 setiap orang memandangkan kos Kit Siang cuma RM23 seorang.

Untuk 21.7 juta orang, Kit Siang dah boleh untung RM152 juta. Cukup untuk tunaikan janji dia nak bersara jika Mahathir tak beri Anwar jadi PM.

Namun, sebab kos vaksin Kit Siang adalah paling rendah dalam seluruh dunia, pasaran yang terbuka pada Uncle adalah seluruh dunia yang amat mengharap vaksin sekarang.

Jadi potensi keuntungan Kit Siang sebenarnya adalah sekitar 7 bilion x RM7 =RM49 bilion.

Saya pelik kenapa geng salah titik perpuluhan dan akauntan gagal ini boleh berkali-kali salah matematik simple.

Saya lagi pelik kenapa penyokong-penyokong mereka tetap percaya secara bulat segala penipuan geng DAP ini walaupun telah berkali-kali dikencing mereka.

Posting Kit Siang:
https://www.facebook.com/limkitsiang2.0/posts/10157488382071073 

NOTE : Sekarang baru saya faham kenapa kos untuk membuat laporan terowong ajaib Pulau Pinang mahal giler sebanyak RM305 juta. Salah kira geng mereka agaknya. Sepatutnya RM3.05 juta tapi mereka tersalah dua tempat titik perpuluhan semasa tandatangan perjanjian.

Najib Razak

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...