Revealed! PKR and DAP Pakat to hantam PAS.and steal one EXCO seat from PAS.
Listen from 40:25mins onwards of this video of Tony Pua's revelation of this plot at the Selangor DAP assembly: http://bit.ly/1yrMfe2
Looks like the real Pakatan Rakyat is really only between PKR and DAP.
PAS and its million members are just to be used by the two other parties.
Written by Kamarul Yusoff
PKR DAN DAP BERPAKAT AMBIL 1 KERUSI AHLI EXCO KERAJAAN NEGERI SELANGOR DARI PAS UNTUK DIBERI KEPADA DAP?
Agak terkejut mendengar rakaman ucapan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua, di Konvensyen Tahunan DAP Negeri Selangor 2014 di Petaling Jaya semalam, 30 November 2014, kerana beliau secara jelas menyebut:
“Dalam perkara ini persetujuan telah pun dicapai antara pimpinan tertinggi PKR dan DAP bahawa seorang lagi Ahli EXCO akan diberikan kepada DAP. Atas sebab-sebab yang tertentu, kami menerima bahawa Ahli EXCO tambahan itu terpaksa dialihkan kepada PKR.”
Tambah Tony Pua lagi: “Oleh sebab itu, kami telah menuntut supaya jawatan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor diagihkan kepada DAP. PKR dengan 13 orang ADUN telah menempati 4 Ahli EXCO dan 1 Menteri Besar. DAP yang mempunyai 15 ADUN hanya menduduki 3 jawatan EXCO dan 1 Speaker Dewan Undangan Negeri.
Kami di DAP jelas berasa tuntutan kami adalah adil dan langsung tidak keterlaluan dan oleh sebab itu pemimpin dan kepimpinan DAP di peringkat Pusat dan Negeri telah sebulat suara menyokong pencalonan Saudara Ng Swee Lim sebagai Timbalan Speaker dalam Dewan Undangan Negeri.
Kami pun tidak berhasrat untuk mengusir Timbalan Speaker PAS yang telah dipilih dan dilantik. Kami hanya menuntut selama ini untuk Timbalan Speaker Kedua dilantik sepertimana yang diaturkan di Negeri Perak dan juga Negeri Sabah.”
Berdasarkan kepada ucapan Tony Pua ini, tiga perkara adalah jelas:
1. Pimpinan tertinggi PKR dan DAP telah bersetuju untuk mengambil 1 kerusi Ahli EXCO Kerajaan Negeri Selangor dari PAS untuk diberikan kepada DAP.
2. Atas sebab-sebab yang tertentu, 1 kerusi Ahli EXCO Kerajaan Negeri Selangor milik PAS ini akhirnya telah diberikan kepada PKR dan bukan kepada DAP.
3. Disebabkan kegagalan PKR menunaikan janji untuk memberikan tambahan 1 kerusi Ahli EXCO Kerajaan Negeri Selangor kepada DAP inilah maka kini DAP menuntut agar jawatan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Kedua diwujudkan dan diberikan kepadanya.
Menarik juga pendedahan Pengerusi DAP Selangor ini.
No comments:
Post a Comment