Wednesday, 29 October 2014

Luahan Mahasiswa Yang Menyesal Akibat Memberontak.

Tulisan sahabat FB Reha Dolphin.
Ini dari pengalaman saya sendiri masa zaman bergelar penuntut universiti. Saya menuntut di pusat pengajian berlainan dari seorang bekas pelajar universiti yang di gantung pengajian hingga akhirnya di buang terus dari universiti kerana melanggar peraturan dan tatatertib universiti.
Bila saya pulang ke kampong semasa cuti semester , saya lihat bekas pelajar tersebut cuma tinggal di rumah tanpa bekerja di mana-mana. Beliau bukan dari keluarga yang senang kaya raya...Cuma dari keluarga pekebun.
Memandangkan beliau sudah ada kes semasa menuntut di universiti maka nak sambung belajar di pusat pengajian lain pun susah. Nak memohon pekerjaan pun bermasalah.
Kesian mak-bapak beliau sebab tidak dapat melihat hari graduan anak mereka menerima segulung ijazah. Satu kampung tahu kisah anak lelaki mereka dibuang pengajian dari universiti atas kesalahan tatatertib.
Apakah kesudahan nasib anak-anak muda yang keluarga masing-masing berharap mereka tamat pengajian dan tercapai impian melihat anak-anak naik ke pentas universiti menerima segulung ijazah...Yang tinggal cuma mimpi sendu ibu dan bapak...
Ini memang kisah benar bukan rekaan. Harapan ibu bapa musnah kerana sikap anak ikut nafsu nak tunjuk 'hero' ..
Akhirnya siapa yang merana..?
Orang-orang kampung masa tu bercerita pada anak-anak masing-masing .." engko orang jangan jadi macam anak orang tu..dah kena buang dari universiti..buat menyusahkan mak-bapak saja "..tu yang paling sedih..sebab jadi bahan bualan orang kampung sampai bertahun-tahun..
Bagi saya, si Ketum jangan jadikan pelajar universiti sebagai perisai ..Kalau Ketum adalah seorang pemimpin yang sanggup mengharung segala keperitan perjuangan, bila Ketum sudah mati , mungkin dia bole dikenang sebagai seorang ahli politik yang ada pendirian.
Contoh seperti Nelson Mandela, seorang pejuang yang ditahan di penjara bertahun2 lamanya tanpa keluh kesah sehingga dia bebas dari penjara dan dijulang sebagai Hero sehingga di akhir hayatnya.
Macam tu baru la saya bole sanjung...Malahan dunia bersama Nelson Mandela atas perjuangannnya..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...